ape saye cakap-cakap :

Rabu, 30 November 2011

korang ader???



ciri-ciri orang yang mencintai kamu .


dalam kehidupan kita tak sedar apa yang dilakukan seseorang kepada kita merupakan petanda bahawa dia mencintai kita . Dia mungkin tidak mahu berkata , tapi akan menunjukkannya melalui perbuatan . 

1) orang yang mencintai kamu tidak pernah beri alasan kenapa dia mencintai kamu .

2) walaupun dia sudah ada kekasih , dia tidak pedulikan . Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap jadi impiannya .

3) orang yang mencintai kamu akan terima kamu apa adanya di hati dan matanya .

4) orang yang mencintai kamu ingin tahu apa yang kamu lalui sepanjang hari .

5) orang yang mencintai kamu akan SMS kamu seperti selamat pagi , selamat bergembira , take care dan lain-lain walaupun kamu tidak membalas SMS nya kerana kiriman sms tuh lah dia menyatakan cintanya dalam cara yang berbeza , tak seperti 'i love you' .

6) jika kamu menyambut hari jadi , dia akan telefon atau sms mengucapkan selamat .

7) orang yang mencintai kamu , akan selalu ingat kejadian yang dia lalui bersama kamu , bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri susah nak lupakan kerana ia adalah saat yang berharga dan matanya pasti bergenang kerana dia tahu saat itu tak akan berulang lagi .

8) orang yang mencintai kamu akan selalu ingat kata-kata yang kamu ungkapkan walaupun kamu mungkin lupa apa yang kamu ungkapkan .

9) orang yang mencintai kamu , akan menggemari lagu-lagu kegemaran kamu , walaupun ia sukar tapi dia berjaya akhirnya .

10) orang yang mencintai kamu , akan sms kamu menanyakan khabar kerana dia benar2 bimbangkan kamu .

11) jika kamu bakal menghadapi ujian , dia akan mengirimkan sms 'good luck' sebagai kata semangat kepada kamu .

12) orang yang mencintai kamu akan beri sesuatu barang miliknya , yang mungkin biasa buat kamu , tapi berharga pada dirinya .

13) orang yang mencintai kamu akan diam sesaat ketika bercakap di telefon kerana dia gugup ketika bercakap dengan kamu .

14) orang yang mencintai kamu akan ingin selalu berada di sisi kamu dan menghabiskan hari-harinya dengan kamu .

15) orang yang mencintai kamu akan selalu menasihati kamu agar berwaspada dengan persekitaran yang membawa pengaruh buruk .

16 ) dihati dia , akan benar-benar rasa takut kehilangan kamu .

17) orang yang mencintai kamu , akan bertindak lebih seperti saudara atau kekasih .

18) orang yang mencintai kamu , akan melakukan hal-hal yang kamu tidak suka ,dan akan mengatakan minta maaf dan tidak lakukannya lagi , tapi ketika itulah dia sedang memikirkan kamu .

19) orang yang mencintai kamu , akan simpan sms dari kamu walaupun ia sudah berbulan-bulan atau bertahun .
20) jika kamu menjauhkan diri daripadanya , dia akan menyedari dan menghilang dari kehidupan kamu walaupun ia membunuh hati nya .

21) jika suatu saat kamu rindukan dia , dan ingin mencari dia semula , dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain .

22) orang yang mencintai kamu , tidak pernah memaksa untuk memberi sebab atau alasan walaupun hatinya meronta untuk mengetahui kerana dia tanak bebankan kamu . Dia pergi tanpa menyalahkan kamu kerana dia benar-benar mengerti erti cinta .

 "pernah ada orang yang berbuat perkara di atas dekat korang ? kalau ada , jangan pernah korang sia-siakan orang tersebut , jika tidak , kamu pasti akan menyesal ! "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.